June 25th, 2008 by res2hack
- Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu
- Tanda-tanda
orang yang budiman ialah dia akan merasa gembira jika dapat berbuat
kebaikan kepada orang lain, dan dia akan merasa malu jika menerima
kebaikan daripada orang lain
- Ketika
satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi
sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga
tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita
- Jadilah
bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi
sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri.
Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan
si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas,
tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah
ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’. Dengan
pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum
aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati
sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya
Posted in Uncategorized | 1 Comment »